Tetaplah berhubung

Ini Adalah Sebab Kenapa Anda Ketagih Minuman Kopi

Foto: Google

Kesihatan

Ini Adalah Sebab Kenapa Anda Ketagih Minuman Kopi

PENGEMAR minuman kopi, chillex! Berkemungkinan ketagihan kopi anda adalah secara genetik, jadi anda tahu siapa yang patut dipersalahkan. Baru-baru ini, para penyelidik telah mengenalpasti enam genetik baru menerangkan bagaimana manusia terangsang dengan kopi.

Menurut kertas kajian dalam Psikiatri Molekul itu yang diterbitkan pada Selasa. Genetik baru ini adalah tambahan kepada dua lagi genetik yang telah dikenalpasti oleh sekumpulan penyelidikan yang sebelumnya, dan berkemungkinan juga penyebab kenapa anda telah meminum kopi untuk cawan yang ke lapan pada hari ini.

Penemuan genetik itu boleh menjelaskan mengapa sesetengah orang hanya perlu meminum secawan kopi dalam sehari sementara yang lain memerlukan sehingga tiga cawan, dan mengapa sesetengah orang seperti saya, tertidur di kafeteria dengan serta-merta selepas meminum hanya satu cawan kopi (kisah benar).

Kajian yang diketuai oleh Marilyn Cornelis dari Harvard School of Public Health, menyatakan dua daripada genetik adalah berkait dengan metabolisma kafein dan dua lagi berkait dengan kesan-kesan psikoaktif kafein. Sementara baki dua lagi genetik berkait dengan lipid dan metabolisma glukosa dan tidak dapat dikaitkan secara jelas dengan tabiat meminum kopi.

Coffee and Caffeine Genetics Consortium, sebuah kumpulan antarabangsa yang dilancarkan dua tahun yang lepas oleh para penyelidik genetik kopi telah menjalankan kajian ini. Para penyelidik menggabungkan data daripada kajian mereka sendiri dan menganalisis maklumat mengenai tabiat minum kopi lebih daripada 120,000 orang. Menurut kajian, genetik ini menjelaskan 1.3 peratus daripada tabiat minum kopi, sama jumlah peratusan dengan genetik yang menerangkan tabiat merokok dan pengambilan minuman alkohol.

Penemuan genetik ini adalah satu kejayaan bagi mengkaji lagi kesan minuman kopi dan berkafein. Berkemungkinan, banyak lagi genetik berkaitrapat dengan kafein dan kesan terhadap fisiologi.

Jika kajian dilanjutkan oleh Coffee and Caffeine Genetics Consortium, ini bermakna bekemungkinan pada satu hari nanti saya mampu menikmati secawan kopi tanpa tertidur di kafeteria.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas