Tetaplah berhubung

Ingin Lebih Cerdas? Perbanyakkan Makan Coklat

Kesihatan

Ingin Lebih Cerdas? Perbanyakkan Makan Coklat


KETIKA suasana hati anda sedang tidak menentu, anda disarankan untuk makan coklat. Sebab coklat mampu membuat anda lebih santai, rilek dan meningkatkan produksi hormon oksitosin yang akan membuat anda bahagia.

Bukan setakat itu sahaja manfaat dari pemakanan coklat. Makan coklat secara rutin mampu meningkatkan kecerdasan dan daya ingatan anda.

Perkara ini disebabkan kerana coklat kaya akan flavanol. Bioaktif di dalam coklat ini membantu mencegah penurunan daya ingat yang biasanya terjadi ketika anda berusia dewasa.

Lebih lagi, kajian sebelum ini juga menyatakan bahawa orang rajin makan coklat memiliki tingkat kognitif dan kardio yang lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak makan coklat. Selain itu flavanol juga mampu mencegah kerosakan sel otak kerana radikal bebas. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal AJCN – The American Journal of Clinical Nutrition.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Ke Atas