Tetaplah berhubung

Asap Rokok Elektrik Berisiko Jangkitan Bakteria Paru-paru

Kesihatan

Asap Rokok Elektrik Berisiko Jangkitan Bakteria Paru-paru


MASYARAKAT selama ini menilai asap rokok elektrik adalah tidak merbahaya. Namun, asap yang mengandung bahan kimia tersebut, mampu menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Kajian ini dilakukan oleh para penyelidik dari John Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat. Mereka menggunakan tikus untuk melakukan percubaan efek sampingan pada  asap rokok elektrik.

Kajian itu mendapati wap dari rokok elektrik yang mengandung racun, mengganggu sistem pernafasan, bagi yang menghisap ataupun orang-orang yang menghirupnya.

Lebih lanjut, dalam penelitian tersebut, asap rokok elektrik dinyatakan menghambat kemampuan tikus untuk membersihkan bakteria dari paru-paru. Sehingga virus menyebabkan peningkatan berat badan dan kematian.

Perlu diketahui, rokok ini membahayakan sistem kekebalan tubuh dalam paru-paru, hal ini disebabkan rokok elektrik menghasilkan bahan kimia yang berbahaya, sama seperti rokok nikotin tradisional.

Seperti yang dilaporkan oleh Timesofindia, seorang profesor dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health di Amerika Syarikat, Shyam Biswal mengatakan “Kajian kami mendapati rokok elektrik membahayakan kekebalan tubuh dan mendatangkan keburukan pada paru-paru.”

Perokok di kalangan remaja kini sebahagian berpindah dari menggunakan rokok nikotin tradisional ke rokok elektrik. Sebahagian orang menilai bahawa, rokok elektrik menurunkan risiko kesihatan termasuk penyakit paru-paru.

Untuk mengetahui kebenarannya, kajian menguji dengan menggunakan tikus sebagai model. Dalam penelitian ini, tikus dibagi menjadi dua kelompok. Pertama, tikus diletakkan dalam ruangan inhalasi yang mengandung asap rokok elektrik dan kelompok tikus kedua hanya terkena udara.

Hasil kajian mendapati tikus yang tercemar asap rokok elektrik mengalami gangguan imun dan infeksi bakteria. Hal ini disebabkan, rokok elektrik mengandung radikal bebas atau racun dalam asap rokok dan pencemaran udara. Radikal bebas mampu merosak DNA atau molekul lain di dalam sel yang menyebabkan kematian pada sel tubuh.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Trending

Ke Atas