Tetaplah berhubung

Akibat Meletakkan Gelas Di Atas Meja Kerja

Kesihatan

Akibat Meletakkan Gelas Di Atas Meja Kerja


SETIAP pekerja biasanya meletakkan gelas di atas meja kerjanya. Bermalas-malasan mereka boleh minum tanpa berganjak dan mundar-mandir mengambil minuman.

Tetapi ada perkara yang jarang kita ketahui soal bahaya meletakkan gelas di atas meja.

Menurut seorang profesor mikrobiologi dari University of Arizona, ada banyak bakteria yang terdapat di dalam gelas, terutama apabila anda berada di tempat kerja.

Terdapat sekira 20 peratus bakteria tahi yang terkumpul di dalam gelas.

“Jika anda memakai gelas itu secara terus menerus tanpa dicuci, bakteria akan terus berkembang, meski gelas dalam keadaan kosong,” ujar Profesor Charles Gerba.

Bagaimana jika anda mencucinya di pejabat? Span yang digunakan untuk mencuci pinggan di pejabat juga mengandungi banyak bakteria, terutama bila span digunakan banyak kali dan sudah lama tidak diganti dengan span baru.

Gerba menyarankan untuk membawa gelas pulang ke rumah dan mencucinya dengan air panas. Sehingga air panas boleh membasmi bakteria yang terdapat di dalam gelas. Demikian dikutip dari laman Mirror.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Ke Atas