Tetaplah berhubung

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Minum Minuman Bergas

Foto: Freestockphotos

Kesihatan

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Minum Minuman Bergas

JIKA diminum berlebihan, gula tambahan dalam minuman tin bergas boleh menyebabkan kesan yang buruk pada kesihatan anda.

Walau bagaimanapun, beberapa jenis gula lebih mendatangkan kemudaratan dari beberapa jenis gula lain di pasaran dan produk minuman adalah yang paling memudaratkan sekali.

Terutamanya minuman tin bergas, tetapi turut juga untuk produk jus buah-buahan, kopi yang sangat manis dan minuman yang mengandungi gula dalam cecair.

Berikut adalah 10 sebab untuk mengelakkan minuman bergas (dan minuman-minuman gula yang lain).

Minuman Gula Membuat Anda Tidak Rasa Kenyang Dan Menaikkan Berat Badan

Gula berlebihan dalam minuman menyebabkan kegemukkan. Salah satu sebab, bekalan gula fruktosa dalam jumlah yang besar, tidak menurunkan hormon kelaparan, ghrelin seperti gula glukosa, karbohidrat utama yang terdapat dalam makanan berkanji.

Kajian juga mendapati, fruktosa tidak merangsang “kenyang” di dalam otak kita seperti glukosa. Otak sebenarnya berperanan mengawal pengambilan kalori anda. Jika anda makan lebih dari satu jenis makanan (seperti kentang), anda secara automatik makan sedikit hidangan sebagai ganti.

Tetapi, gula cecair dalam minuman tidak berfungsi dengan cara ini, apabila anda makan makanan bersama minuman gula, biasanya anda akan menambah lagi jumlah pengambilan kalori dalam pemakanan anda. Dengan kata lain, minuman gula tidak membuat anda merasa kenyang, jadi anda tetap makan dengan jumlah makanan sama seperti biasa, tetapi dengan banyak kalori gula tambahan dalam minuman.

Dalam satu kajian, orang yang menambahkan minuman tin bergas dalam diet harian memakan 17% kalori lebih daripada sebelumnya. Itu satu jumlah angka yang besar, membawa kepada obesiti berlebihan untuk beberapa tahun. Tidak menghairankan, kajian telah menunjukkan bahawa orang yang minum minuman gula secara konsisten berat badan lebih berbanding dengan yang tidak mengamalkan minuman gula ketika makan.

Intipati: Gula cecair tidak menyebabkan kenyang dengan cara yang sama seperti makanan pepejal, menambah lebih banyak jumlah kalori dalam diet harian. Minuman gula juga berkemungkinan aspek utama penyebabkan kegemukkan dalam diet moden kita hari ini.

Pengambilan Gula Dalam Jumlah Besar Ditukar Ke Lemak Di Dalam Hati

Gula terdiri daripada dua jenis molekul; glukosa dan fruktosa. Glukosa boleh dimetabolisma oleh setiap sel di dalam badan, manakala fruktosa hanya boleh dimetabolisma oleh satu organ, hati.

Minuman gula adalah yang paling mudah menyebabkan pemgambilan frukosa berlebihan. Apabila pemgambilan terlalu banyak, dalam konteks karbohidrat tinggi, kalori tinggi diet moden, proses hati menjadi berlebihan dan menukar fruktosa menjadi lemak.

Intipati: Sesetengah lemak yang akan dihantar keluar sebagai trigliserida darah, manakala sebahagian daripadanya kekal di dalam hati. Dari masa ke masa, ini boleh menyumbang kepada penyakit lemak non alkohol. (NAFLD)

Pengambilan Gula Berlebihan Dalam Minuman Menyebabkan Perut Buncit

Pengambilan gula berlebihan membuat perut anda buncit dan berlemak.

Fruktosa terutamanya, meningkatkan lemak yang berbahaya secara mendadak di sekitar perut dan organ. Ini dikenali sebagai lemak visceral atau lemak perut. Dalam satu kajian dijalankan selama 10 minggu, ke atas 32 orang sihat minum minuman gula sama ada dengan fruktosa atau glukosa.

Peminum minuman glukosa hanya mengalami peningkatan lemak di bawah kulit (tidak dikaitkan dengan penyakit metabolik), sementara peminum minuman fruktosa mempunyai peningkatan berbahaya yang ketara dalam lemak visceral.

Intipati: penggunaan tinggi fruktosa menyebabkan pengumpulan lemak visceral, lemak berbahaya yang membawa kepada penyakit metabolik.

Minuman Tin Bergas Punca Rintangan Insulin, Penyebab Utama Sindrom Metabolik

Fungsi utama hormon insulin, adalah untuk mengarahkan glukosa dari aliran darah ke sel-sel badan. Tetapi apabila kita minum minuman tin, sel-sel cenderung untuk menjadi kebal terhadap kesan insulin.

Apabila ini berlaku, pankreas menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengeluarkan glukosa daripada aliran darah, menyebabkan tahap insulin dalam darah naik. Keadaan ini dikenali sebagai rintangan insulin.

Rintangan insulin boleh dikatakan pendorong utama sindrom metabolik, batu loncatan untuk penyakit diabetes dan penyakit jantung. Gula berlebihan adalah penyebab utama rintangan insulin dan menaikkan tahap insulin tinggi dalam darah.

Intipati: Gula berlebihan boleh menyebabkan rintangan insulin, penyebab utama sindrom metabolik.

 

Minuman Tin Tidak Megandungi Nutrien Penting. Hanya Sekadar Gula

Minuman TIn adalah “kosong” kalori. Tiada keraguan tentang itu. Sama seperti tidak mengandungi nutrisi penting. Tiada vitamin, tiada mineral, tiada antioksidan dan serat sifar. Tiada apa-apa selain gula berlebihan dan kalori yang tidak diperlukan.

Intipati: Minuman gula mengandungi sedikit atau tiada nutrisi penting dan dengan itu boleh diklasifikasikan sebagai “kosong” kalori.

 

7.  Minuman Gula Menyebabkan Ketagihan

Apabila kita minum minuman gula, dopamin dilepaskan dalam otak memberi kita suatu perasaan yang sedap.

Otak manusia secara semulajadi mahu mencari aktiviti yang melepaskan dopamine. Lebih-lebih lagi aktiviti yang melepaskan dopamine dalam jumlah besar. Ini sebenarnya sama seperti ketagihan dadah seperti kokain, dan menjadikan seseorang bergantung terhadap minuman gula.

Banyak kajian telah dijalankan menyarankan gula dan makanan ringan yang diproses boleh mempunyai kesan yang sama seperti dadah.Walaupun ketagihan adalah sukar untuk dibuktikan ke atas seseorang. Bagi orang tertentu yang mempunyai ketagihan makanan/minuman manis, ini seperti ketagihan dadah yang kejam. Atau juga dikenali sebagai ketagihan makanan.

Intipati: Minuman gula mempunyai kesan yang kuat ke atas sistem ganjaran otak, yang boleh menyebabkan ketagihan. Otak kita ketagih gula.

8. Minuman Gula Berisiko Penyakit Jantung

Pengambilan gula berlebihan pertama kali dikaitkan dengan risiko penyakit jantung pada tahun 60-an dan 70-an. Semenjak itu, dikemukakan bahawa minuman gula meningkatkan beberapa faktor risiko utama untuk penyakit jantung.

Ini termasuk gula dalam darah, trigliserida darah, zarah LDL padat dan lain-lain. Kajian terkini telah menemui hubungan yang kuat antara pengambilan gula dan risiko penyakit jantung pada lelaki, wanita dan remaja.

Satu kajian dilakukan ke atas 40,000 orang selama dua dekad mendapati bahawa mereka yang minum satu minuman gula setiap hari mempunyai risiko 20% lebih tinggi serangan penyakit jantung, atau mati akibat serangan penyakit jantung berbanding dengan orang-orang yang jarang minum minuman gula.

Intipati: Hubungan antara gula dan risiko penyakit jantung pertama kali ditemui beberapa dekad yang lalu. Semenjak hari itu, banyak kajian telah dijalankan menunjukkan hubungan yang kuat antara penyakit jantung dan minuman gula.

9. Minuman Gula Mempunyai Risiko Penyakit Kanser

Risiko kanser cenderung hadir bersama-sama dengan penyakit kronik yang lain seperti obesiti, diabetes tahap 2 dan penyakit jantung. Atas sebab ini, tidak menghairankan minuman gula sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.

Satu kajian daripada lebih 60,000 lelaki dan wanita mendapati mereka yang minum dua atau lebih minuman tin setiap minggu berkemungkin 87% menyebabkan kanser pankreas berbanding mereka yang tidak.

Satu lagi kajian mengenai kanser pankreas menunjukkan hubungan yang kuat di kalangan wanita, tetapi bukan lelaki. Wanita menopaus dengan pengambilan tinggi minuman manis tampak berisiko lebih tinggi untuk mendapatkan kanser di lapisan dalam rahim, dipanggil kanser endometrium.

Minuman gula juga telah dikaitkan dengan kanser berulang dan kematian pada pesakit kanser kolorektal.

Intipati: Terdapat bukti daripada kajian pengamatan bahawa pengambilan minuman manis dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.

10.  Gula dan Asid Dalam Minuman Tin Penyebab Kerosakan Gigi

Telah menjadi satu fakta yang diketahui ramai bahawa minuman tin tidak baik untuk gigi anda. Minuman tin mengandungi asid seperti asid fosforik dan asid karbonik.

Asid mewujudkan persekitaran yang sangat asid di dalam mulut, menyebabkan gigi terdedah kepada kerosakan. Sementara asid dalam minuman tin sendiri turut boleh menyebabkan kerosakan lain, ini adalah kombinasi gula yang membuat minuman tin sangat berbahaya.

Sebagai contoh, tonton video minuman tin bergas menyebabkan minuman berkarat kembali berkilau di bawah:

Gula membekalkan tenaga yang mudah dicerna untuk bakteria yang tidak baik di dalam mulut. Digabungkan dengan asid, menyebab kerosakkan pada kesihatan gigi dari masa ke masa.

Intipati: Asid minuman tin menyebabkan persekitaran berasid dalam mulut, sedangkan gula menjadi makanan mudah dicerna oleh bakteria mulut. Ini menyebabkan kesan sampingan yang teruk terhadap kesihatan gigi.

Risiko Peningkatan Mendadak Penyakit Gout

Penyakit Gout adalah keradangan dan kesakitan pada sendi, terutamanya ibu jari kaki. Gout biasanya berlaku apabila paras tinggi asid urik dalam darah menjadi kristal.

Fruktosa adalah karbohidrat utama yang dikenali meningkatkan tahap asid urik. Oleh itu, banyak kajian telah menemukan hubungan yang kuat antara minuman gula dan penyakit gout.

Kajian jangka panjang menunjukkan bahawa minuman gula dikaitkan dengan 75% risiko peningkatan gout pada wanita, dan hampir dua kali ganda risiko terhadap lelaki.

Intipati: Lelaki dan perempuan yang sering minum minuman manis mempunyai risiko penyakit gout.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas