Tetaplah berhubung

Wanita Pasti Menangis Teresak-esak Angkara Ini

Hubungan

Wanita Pasti Menangis Teresak-esak Angkara Ini


Mungkin lelaki hairan kenapa wanita sikit-sikit menangis. Mereka beranggapan wanita itu makhluk ’emosi’.

Ya, tapi itulah wanita. Kaum hawa ini diciptakan dengan segala keunikannya. Jangan hairan jika hanya kerana perkara remeh berikut ini wanita menangis teresak-esak. Dipetik dari laman Allwomenstalk.

Selebriti diminati berkahwin

Ketaksuban wanita dengan selebriti lelaki atau bintang bola sepak kadang-kadang keterlaluan. Mereka terlalu terbawa perasaan. Untuk itu ketika idola mereka berkahwin, mereka menangis habis-habisan.

Dikhianati sahabat

Ramai orang meremehkan persahabatan. Faktanya wanita boleh sedih sekali jika teman rapatnya berbohong.

Membuat orang lain terluka

Sebahagian orang menganggap itu perkara biasa jika sedikit telah melukai perasaan orang lain. Namun, wanita merasakan sangat bersalah malah menyesal bila telah menyakiti orang lain.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas