Tetaplah berhubung

Wanita Cantik Berbahaya Untuk Kesihatan Lelaki

Hubungan

Wanita Cantik Berbahaya Untuk Kesihatan Lelaki

Gambar: Flickr

Wanita Cantik Berbahaya Untuk Kesihatan Lelaki


Makhluk yang bernama wanita merupakan makhluk hidup yang sangat menarik khususnya bagi lelaki, kenapa? Wanita adalah makhluk yang mampu menjalani dua karakter yang berbeza di satu sisi mereka dapat menjadi seorang bidadari dengan segala kelembutannya tapi disisi lain mereka dapat berubah menjadi jahat atau lebih.

Hal tersebut merupakan sebuah fakta yang terdapat pada diri wanita. Bagaimanapun, perempuan atau wanita merupakan makhluk yang paling diingini oleh lelaki. Malah, bukan sedikit lelaki yang terlibat dalam konflik sewaktu merebutkan seorang wanita, lebih-lebih lagi jika dia adalah wanita cantik yang tentunya digilai oleh lelaki.

Berbicara tentang wanita cantik, setiap lelaki tentunya mengidolakan susuk tubuh wanita cantik namun kecantikan itu pula bergantung dari sudut pandangan anda. Perempuan cantik sememangnya merupakan idola semua lelaki, tapi tahukah anda jika seseorang itu wanita cantik, dia adalah berbahaya untuk kesihatan anda? Mungkin janggal kedengaran perihal tersebut dan pastinya anda tertawa keseorangan atau tersenyum sinis dan menganggapnya sebagai hal yang sangat aneh.

Namun satu hal yang pasti ada di fikiran adalah hubungan antara wanita cantik dan kesihatan atau sebaliknya. Sebenarnya kaitan antara kecantikan dan kesihatan adalah terhubung kait antara satu sama lain, sebenarnya melihat perempuan atau wanita cantik mampu mengakibatkan keburukan untuk kesihatan khususnya lelaki.

Hasil penelitian ahli akademik yang berasal dari Univercity of Valencia yang merupakan Universiti terbesar dan tertua di Sepanyol menemui fakta bahawa berdua-duan dengan wanita yang cantik dapat mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan, malah berpotensi untuk menimbulkan masalah kesihatan seperti mati pucuk, diabetes, tekanan perasaan dan penyakit jantung. Kenapa? Kerana berjumpa atau melihat perempuan cantik dapat meningkatkan hormon cortisol yang merupakan hormon stres. Dalam skala kecil efek cortisol sebenarnya dapat meningkatkan kewaspadaan seseorang tapi jika sebaliknya atau dalam skala besar hormon cortisol adalah berbahaya untuk kesihatan.

Kadar cortisol yang meningkat atau berada dalam fasa kronik tentunya menjadi hal yang harus dihindari, lantas apa yang menyebabkan hormon cortisol meningkat? Ini yang menjadi kaitan antara wanita yang cantik dengan kesihatan. Ketika berjumpa atau melihat wanita cantik kebanyakan lelaki beranggapan jika mereka ada peluang untuk memilikinya, dalam fasa ini produksi cortisol meningkat dalam skala yang kecil.

Tapi untuk lelaki melihat wanita berparas cantik akan meningkatkan kadar cortisolnya, kenapa? Kerana mereka percaya jika wanita cantik tersebut tidak dapat dimiliki atau wanita tersebut berada sangat jauh dari jangkauannya. Secara tidak sedar mereka akan memicu peningkatan cartisol sehingga menimbulkan gejala pada diri mereka seperti stres akibat rasa cemas yang hebat. Mungkin tanpa sedar anda juga pernah mengalami hal ini bukan.

Seorang lelaki yang memiliki rasa kurang percaya diri khususnya terhadap seorang wanita berparas cantik adalah buruk untuk kesihatan yang dipicu oleh perasaan cemas sehingga terjadinya stres, Lebih-lebih lagi jika susuk tubuh wanita tersebut merupakan susuk tubuh wanita idaman mereka.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas