Tetaplah berhubung

Waktu Tepat Bagi Wanita Ungkap Kata Cinta

Hubungan

Waktu Tepat Bagi Wanita Ungkap Kata Cinta

Gambar: picgood.xyz

Waktu Tepat Bagi Wanita Ungkap Kata Cinta


Kata ‘Saya Sayang Awak’ mempunyai maksud yang dalam, jangan mempermainkan ungkapan ini. Wanita selalu mengucap ‘Saya Sayang Awak’ tetapi seolah memberi harapan palsu pada lelaki. Jadikan ungkapan ini penuh makna dan diucapkan dengan perasaan.
Berikut ini kami di Aliff Channel kongsikan waktu tepat mengucapkan ‘Saya Sayang Awak” di ketika anda benar-benar perlu.

Dia membuat lebih bahagia

Ketika anda merasa kehadirannya membawa kebahagiaan pada kehidupan sekarang ungkapkan perasaan padanya. Malah, apabila anda dan pasangan tiada di situasi yang buruk.

Ketika membayangkan putus cinta

Jangan mengelak, dalam benak hati anda pasti pernah membayangkan betapa buruknya hidup anda tanpa dia. Ketika itu pula anda merasakan dia begitu berharga. Jika seperti ini, hantar mesej atau hubungi dia untuk mengatakan ‘Saya Sayang Awak’. Jelaskan kalau anda tak boleh membayangkan hidup tanpanya.

Selesa dipelukannya

Ketika sedang jatuh cinta, keheningan pun terasa nyaman. Jangan buang kesempatan berharga ini. Katakan padanya betapa anda mencintainya, selesa di tangannya kerana dia adalah pasangan terbaik.

Ketika mahukannya

Cinta dan nafsu adalah dua emosi yang sama sekali berbeza. Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi sekali anda jatuh cinta, akan tampak perubahan besar. Anda tidak akan mempersoalkan apakah dia baik atau tidak, kerana anda akan tahu bahawa itu fakta. Tidak lama kemudian, anda tidak akan dapat menahan perasaan itu lagi, kemudian menyatakan ‘Saya Sayang Awak’. Sepertimana dipetik di laman Allwomenstalk.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas