Tetaplah berhubung

Waktu Kurang Tepat Mencari Kekasih Hati

Hubungan

Waktu Kurang Tepat Mencari Kekasih Hati

Foto: Boldsky

Waktu Kurang Tepat Mencari Kekasih Hati


Berkemungkinan anda ingin segera mencari kekasih hati yang lain setelah putus dengan kekasih sebelumnya.

Namun, terburu-buru mencari kekasih hati pengganti bukanlah perkara yang tepat. Selain itu, ada waktu lain yang kurang tepat untuk mencari kekasih hati.

Semak ulasannya dipetik dari Boldsky, berikut ini:

Setelah putus dari kekasih terakhir

Mencari kekasih selepas baru sahaja putus adalah masa yang kurang tepat untuk anda kerana di saat-saat tersebut, secara automatik anda masih terbayang dengan kekasih sebelumnya. Sehingga anda mungkin memutuskan mencari penggantinya dengan tergesa-gesa tanpa pemikiran yang bijak. Jangan mencari kekasih hanya untuk lari dari yang terdahulu.

Belum rasmi putus

Jika anda belum rasmi putus, jangan cuba mencari kekasih. Kerana, kekasih terakhir anda mungkin datang kembali dan ingin menjalani hidup bersama lagi. Tetapi jika anda sudah yakin untuk berpisah dengannya, maka putuskanlah dengan rasmi sehingga anda bebas mencari penggantinya lagi.

Dalam keadaan bimbang

Dalam perasaan yang bimbang, ada baiknya anda tidak mencari kekasih hati. Lebih baik anda menjalani kehidupan sendiri daripada membina hubungan tanpa dasar rasa cinta yang tulus.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas