Tetaplah berhubung

Tips-Tips Kejayaan Buat Ibu Yang Berumahtangga

tips-tips-kejayaan-buat-ibu-yang-berumahtangga

Hubungan

Tips-Tips Kejayaan Buat Ibu Yang Berumahtangga

Tips-Tips Kejayaan Buat Ibu Yang Berumahtangga

Ingin menjadi ahli perniagaan kecil-kecilan tetapi bingung apa yang harus dijual?

Berikut ini kami di Aliff Channel lampirkan tips-tips bernas khusus buat ibu yang berumahtangga.

Belajar memberi manfaat pada orang sekitar

Ibubapa zaman dulu biasa menanam tanaman untuk hidup. Jika dibungkus dengan gaya lucu dan unik, kejiranan pasti berminat untuk membeli tanaman anda. Jika anda jual satu bungkus mungkin tidak terasa, tetapi jika anda jual dalam kuantiti yang banyak, keuntungannya boleh dapat dirasa

Banyak perkara yang boleh dimanfaatkan buat orang sekitar anda. Mulalah dari kain, nasi campur, nasi lemak, kedai burger, sampai ke kelas memasak untuk keluarga, apapun boleh dicapai jika anda mempunyai niat dan kreativiti.

Manfaatkan teknologi

Ketika ini cara untuk memasarkan produk semakin mudah dan luas. Dengan memanfaatkan media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, atau Youtube, anda boleh menarik prospek pembeli dengan cara mudah dan murah. Gambar yang menarik menjadi kunci utama agar barang dagangan anda laku keras.

Manfaatkan keadaan

Ibu yang berumahtangga umumnya mengikuti kumpulan untuk bersosial dan mengisi masa lapang. Bermula dari perhimpunan sosial, pengajian, sampai kelab-kelab aktiviti untuk yang berkeluarga. Manfaatkan waktu tersebut untuk memasarkan produk-produk anda. Promosi dari mulut ke mulut kadang-kadang lebih berkesan daripada promosi yang dilakukan sendiri.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas