Tetaplah berhubung

Tips Supaya Isteri Rasa Cantik

Hubungan

Tips Supaya Isteri Rasa Cantik

Foto: Kissotawa.com

Tips Supaya Isteri Rasa Cantik


Bila kali terakhir anda berkata, “Sayang, kamu kelihatan lebih cantik”? Tahukah anda ungkapan seperti itu sangat bermakna sekali bagi seorang isteri?

Jangan menunggu sehingga isteri bertanya, “Bagaimana penampilan saya?” Jauh di lubuk hati dia mengharapkan pujian spontan.

Berikut ini cara membuat isteri rasa lebih cantik.

Mulakan hari dengan pujian

Apabila anda bangun di pagi hari dan melihat rambutnya kusut, hargai dirinya. Sentuh pipinya dan katakan padanya betapa lucunya dia. Biarkan dia tahu bahawa hanyalah dia satu-satunya wanita di hati.

Perhatikan yang membuat kagum

Apa yang membuat anda tertarik padanya? Adakah matanya yang indah? Jika demikian, katakan padanya betapa terpesonanya anda melihat matanya sehingga membuat jantung berdegup.

Biarkan dia tahu ada sesuatu yang membuat anda kagum

Bertahan jika dia menolak pujian jika anda jarang memuji, isteri akan menganggap anda bergurau. Untuk itu, lelaki harus bertahan dan benar-benar meyakinkan isteri bahawa pujian anda tulus ikhlas. Pegang tangannya sehingga dia rasa yakin.

Berhenti goda wanita lain

Jika anda sering melihat dan komen tentang bagaimana indahnya wanita lain, mulalah mengubah fokus anda. Wanita ada waktu untuk membandingkan dirinya dengan wanita lain yang menurut suaminya lebih cantik.

Minta orang lain memuji

Jika pujian anda masih belum cukup, minta rakan untuk membantu. Misalnya, dengan berkata, “Cuba lihat, isteriku cantik sekali malam ini bukan?”. Demikian memetik sumber di Familyshare.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas