Tetaplah berhubung

Tips Ringkas Menguji Kesetiaan

Hubungan

Tips Ringkas Menguji Kesetiaan


PEPATAH ada mengatakan lebih mudah mencari seribu musuh daripada mencari seorang sahabat. Pepatah ini bermakna, sebenarnya sulit untuk mencari seorang sahabat yang setia jika bukan waktu dan konflik yang menerpa.

Untuk menilai adakah anda telah menemui sahabat yang tepat, gunakan cara berikut yang dipetik dari wikihow.

Nilai bagaimana dia menyimpan rahsia

Perselisihan pasti sering terjadi di antara sahabat. Lihatlah, adakah sahabat mampu menyimpan rahsia ketika tidak dalam satu “bumbung”.

Selalu jadi benteng

Ketika anda jatuh, dia akan selalu berdiri di samping untuk membantu anda bangun kembali. Tidak pernah bergabung dengan rakan-rakan yang menindas atau menyebarkan rumor yang tidak benar mengenai anda.

Mudah memaafkan dan melupakan

Semua orang pasti pernah berbuat kesalahan, termasuk anda dan sahabat anda. Seorang sahabat yang terbaik takkan pernah menyimpan dendam atau hanya berdiam diri ketika sedang dilanda konflik dengan anda. Dia akan lantang menyebutkan kesalahannya, mengintrospeksi diri dan akhirnya saling memaafkan.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas