Tetaplah berhubung

Tips Perkahwinan: 13 Pantang Larang Sebelum Berkahwin

pantang-larang-sebelum-berkahwin

Hubungan

Tips Perkahwinan: 13 Pantang Larang Sebelum Berkahwin

Gambar: Pinterest

Tips Perkahwinan: 13 Pantang Larang Sebelum Berkahwin

Orang Melayu terkenal dengan adat dan tatasusilanya yang tersendiri semenjak dari dahulu. Ada yang mungkin sukar untuk dilaksanakan pada masa kini kerana perubahan zaman dan kekangan yang ada.

Tapi sebagai rujukan apa salahnya kita mengetahunya untuk panduan supaya ikatan perkahwinan yang bakal dibina itu berjaya kerana setiap pantang larang yang dikenakan mempunyai sebabnya tersendiri

#1 Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling

#2 Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.

#3 Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat.

#4 Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang.

#5 Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

#6 jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga.

#7 Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau peremuan untuk mengelakkan fitnah

#8 Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan dri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.

#9 Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.

#10 Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.

#11 Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan

#12 Jangan lakukan onani untuk memuaskan diri sebelum anda berkahwin untuk menjaga kesihatan diri. Untuk kaum lelaki, elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam.

#13 Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar.

Sumber: Majalah Pengantin

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas