Tetaplah berhubung

Tips Menjalinkan Hubungan Cinta dengan Duda

bercinta-dengan-duda

Hubungan

Tips Menjalinkan Hubungan Cinta dengan Duda

Gambar: Weheartit

Tips Menjalinkan Hubungan Cinta dengan Duda

Pernahkah anda sedang atau terfikir untuk menjalin hubungan cinta dengan seorang duda, jika jawapan anda ya, berikut beberapa perkara yang perlu anda ketahui.

Perlulah difahami, seorang duda itu pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinan. Dan, anda berdua perlulah berhati-hati sebelum melangkah ke hubungan cinta yang lebih serius.

Memetik dari Yourtango, berikut merupakan kesalahan umum yang sering terjadi ketika bersemuka dengan seorang duda.

Tidak jujur perihal anak

Bercinta dengan seseorang yang sebelum ini telah berkahwin bererti anda haruslah bersedia menerima risiko bahawa si dia sudah mempunyai anak. Hal ini penting untuk diketahui, terutama jika anda belum pernah berperanan sebagai ibu bapa sebelum ini.

Melibatkan diri dengan masalah bekas isteri

Pastikan masalah si dia dengan bekas isteri telah diselesaikan. Jika belum, anda tidak perlu melibatkan diri dengan tampil sebagai orang ketiga yang hanya mengeruhkan lagi suasana.

Terburu-buru

Lebih baik jika anda mengetahui perihal peribadi sebelum hubungan anda dan si dia melangkah terlalu jauh. Bercinta seorang duda memerlukan kekuatan mental. Anda juga perlu bersedia dengan tanggapan orang sekeliling. Selain itu, anda juga memerlukan masa untuk mendekati anak-anaknya.

Masalah kewangan

Pastikan, anda berdua berada dalam keadaan kewangan yang selesa. Ini kerana, kekasih anda itu masih perlu menanggung kos kehidupan anak-anaknya.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas