Tetaplah berhubung

Tips Mencari Jodoh Dengan Masa Depan Cerah

Foto: Popsugar

Hubungan

Tips Mencari Jodoh Dengan Masa Depan Cerah

RAMAI yang masih mencari jodoh dengan alasan ingin mendapatkan yang terbaik.

Namun, sebelum menemuinya, ikuti isu-isu menentukan jodoh yang tepat dari kriteria berikut ini.

Tak takut komited

Tidak kurang beberapa orang yang takut akan komitmen, mungkin kerana masa lalu atau pun kerana belum matang dalam pemikiran. Bila ingin mencari jodoh yang tepat, carilah seseorang yang dewasa, yang tidak akan takut untuk komited. Hidup dengan orang seperti ini masa depan anda akan cerah.

Menghormati perempuan

Seorang lelaki yang menghormati perempuan akan membuat hidup anda penuh dengan kebebasan. Kebebasan dalam berkarya dan bekerja sesuai dengan keinginan anda. Inilah pasangan yang sesuai untuk dijadikan pendamping hidup.

Boleh dipercayai

Siapa yang tak suka dengan lelaki yang boleh dipercayai? Bila anda sudah mempunyai pasangan dengan kriteria ini, jaga baik-baik hubungan anda. Lelaki seperti ini hanya ada satu dalam sekian juta lelaki. Demikian dipetik di Boldsky.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas