Tetaplah berhubung

Tips Membuat Suami Tersipu Malu

Hubungan

Tips Membuat Suami Tersipu Malu

Gambar: Shutterstock

Tips Membuat Suami Tersipu Malu


Jika selama ini suami pandai membuat anda tersipu malu bahagia, kini tiba masanya membalas semua perlakuan suami. Isteri juga boleh membuat suami tersipu malu.

Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk membuat suami senyum-senyum menahan geli kerana malu. Bayangkan saja pasti anda sudah tak tahan. Berikut cara-cara yang boleh dilakukan. Memuat dari laman Familyshare.

‘Rusuh’ di media sosial
Ambil gambar selfie bersamanya dengan gaya-gaya lucu. Upload ke media sosial kemudian tag. Tulis keterangan ringkas tetapi bermakna mengapa anda menyukai gaya lucunya. Katakan walaupun ‘jahat’ tapi si dia adalah idola anda dalam kehidupan. Buat suami benar-benar rasa malu namun juga rasa istimewa.

Memberikan hadiah apabila dia bekerja
Kejutkan suami dengan hadiah istimewa dan kad ucapan bertulis ungkapan cinta di pejabatnya. Biarkan dia malu di hadapan rakan-rakannya. Tetapi selepas itu dia pasti tersenyum bangga mempunyai isteri seperti anda.

Buat masakan dengan resipi khas
Buat makanan yang kesukarannya cukup tinggi. Biarkan dia tahu usaha anda. Setelah jadi, dia akan cuba. Apa pun reaksinya, jangan marah. Walau rasanya tak keruan, hatinya pasti tersenyum menghargai usaha isteri.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas