Tetaplah berhubung

Tips Membaiki Hubungan Tergantung

Foto: Lovepanky

Hubungan

Tips Membaiki Hubungan Tergantung

TERPERANGKAP dalam perhubungan tanda status (tergantung)? Tenang, anda tidak bersendiri. Ramai orang menghadapi situasi serupa.

Memang sukar membina kembali hubungan tanpa kepastian status. Jangan sampai anda membuang masa terkurung dalam jenis hubungan yang tidak jelas ini. Untuk itu, gunakan cara berikut agar hubungan tanpa status menjadi jelas.

Bicarakan masalah

Jika sumber masalah sudah diketahui, berbicaralah dengannya. Jika dia sudah ada pasangan minta dia memilih atau anda undur. Tapi jika hanya anda sahaja yang tertarik padanya, sebaiknya cari orang lain yang juga mencintai anda.

Kenali masalah

Masalah boleh menjadi penghalang hubungan. Cuba kenali apa yang membuat hubungan anda dan dia tiada penjelasan. Apakah hanya salah seorang sahaja yang berminat atau mungkin dia sudah mempunyai hubungan dengan orang lain. Ketahui ini sebelum meminta kejelasan.

Lihat perspektif

Sangat mudah menyalahkan satu sama lain dalam perhubungan. Cuba lihat masalah dari dua sisi. Anda dan dia harus sama-sama meletakkan diri berada di kedudukan seberang. Dengan demikian tiada keputusan sepihak yang merugikan salah seorang. Kalau memang tak boleh disatukan lebih baik berpisah. Sepertimana disiarkan wikihow.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas