Tetaplah berhubung

Tips Luah Hubungan Pada Ibubapa Kekasih

Hubungan

Tips Luah Hubungan Pada Ibubapa Kekasih

Gambar: Paul Underhill

Tips Luah Hubungan Pada Ibubapa Kekasih


Selama ini anda menjalani hubungan rahsia di belakang keluarga namun sekarang berniat serius dengan kekasih, seolah-olah anda harus mula mencari cara untuk mendapatkan restu calon mertua. Ini bermaksud, anda harus membocorkan hubungan yang selama ini disembunyikan. Tetapi…

Secara tidak langsung berjumpa dengan ibubapa kekasih adalah perkara yang paling mendebarkan. Demi niat menikahi anak gadisnya, anda harus berani melakukannya.

Tips berikut ini boleh membantu anda.

Penilaian

Adakah waktu sudah tepat untuk berkahwin? Adakah ada sebab lain agar hubungan tetap disembunyikan? Cuba berfikir dari sisi calon mertua. Adakah mereka rela anak perempuannya berkahwin dengan anda? Jika hubungan baru beberapa minggu, ada baiknya untuk tidak terburu-buru membuat keputusan menikah.

#2 Pilih lokasi

Pilih masa dan lokasi. Adakah ingin terus ke rumah mereka atau mengajak makan di luar?

Berlatih

Cara ini boleh membantu untuk mengatasi rasa gelabah dan mencipta kesan yang baik. Anda boleh berlatih di depan cermin. Anda tidak mahu bukan tiba-tiba blank membatu di depan mereka?

Penampilan

Tiada ibu bapa yang membenarkan anak perempuannya berkahwin dengan lelaki serabai. Gunting rambut, kenakan pakaian rapi, dan perhatikan wangian tubuh dan kebersihan gigi.

Kesopanan

Jika berjaya membuat mereka datang, kemungkinan besar mereka sudah memahami niat anda. Jangan sia-siakan kesempatan ini. Mulakan perbualan dengan sopan.

Jelaskan mengapa anda ingin menikahi puterinya

Jelaskan seberapa besar cinta anda pada puteri mereka dan bagaimana dia telah mengubah hidup anda. Tarik nafas dalam-dalam dan katakan, “Saya ingin meminta restu abah eh! tersasul pulak… pakcik untuk menikahi puteri pakcik.” Sebaiknya jangan berharap untuk mendapatkan jawapan ketika itu juga. Terimalah apa pun reaksi mereka dengan sopan. Seperti dipetik di wikihow.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas