Tetaplah berhubung

Tips Atasi Stres Ketika Kehamilan

Hubungan

Tips Atasi Stres Ketika Kehamilan

Gambar: Boredpanda

Tips Atasi Stres Ketika Kehamilan


Sesetengah wanita ada yang mengalami stres secara fizikal atau emosi selama tempoh kehamilan. Stres semasa hamil ini disebabkan wanita sukar beradaptasi dengan perubahan pada tubuh.

Sokongan suami ketika ini adalah sangat diperlukan namun anda boleh juga melakukan hal-hal yang berikut.

Kenali penyebab

Tekanan yang ekstrem selama kehamilan pasti ada pemicunya. Jika anda belum menemuinya, anda tidak boleh membebaskan diri dari tekanan ini.

Minta bantuan

Jangan rasa ragu untuk meminta bantuan ahli keluarga dan suami untuk menemani anda setiap masa. Pada masa ini, anda juga boleh meminta dimanjakan oleh suami.

Masa santai

Jika anda wanita yang bekerja, ambil cuti beberapa hari untuk menikmati waktu santai di rumah. Beban kerja dan keletihan merupakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan stres.

Memanjakan diri

Dengar muzik kegemaran, makan makanan kesukaan, membaca buku, berjalan-jalan di taman, atau melakukan hal-hal lain yang menyeronokkan boleh meredakan tekanan masa kehamilan.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas