Tetaplah berhubung

Tinggalkan Saja Teman Lelaki, Bila Kelakuan Seperti Ini

Hubungan

Tinggalkan Saja Teman Lelaki, Bila Kelakuan Seperti Ini

Foto: paulmeredith

Tinggalkan Saja Teman Lelaki, Bila Kelakuan Seperti Ini


Jatuh cinta adalah hak setiap orang, termasuk wanita yang jatuh cinta pada lelaki. Namun yang penting diketahui, sama ada lelaki tersebut menyukai anda atau tidak.

Jangan sampai anda membuang-buang waktu untuk menarik perhatian lelaki yang sama sekali tidak tertarik dan tidak menyukai anda. Ini dapat dilihat dari cara lelaki bercakap pada anda.

Dipetik dari Youqueen, di bawah empat tanda lelaki tak suka kepada anda sama sekali:

Dia tidak pernah memulakan perbualan

Jika dia selalu menunggu anda memulakan perbualan, jelas bahawa dia tidak menyukai anda. Sebab, lelaki yang tertarik pada wanita akan selalu mencari cara untuk dapat berbual walaupun topik yang dibicarakan itu tidak penting. Berbeza dengan lelaki yang tidak menyukai anda. Menarik apa pun topik yang diambil, dia tidak akan tertarik. Jika dia mencintai anda, dia akan mengambil inisiatif mengajak berbual, makan malam, sehingga menawarkan diri menghantar pulang.

Tidak menaruh perhatian

Jika dia tidak menaruh perhatian semasa anda bercakap, ini tandanya dia tidak berminat. Dia tidak kisah malah tidak mahu berpura-pura seperti sedang kisah. Ini sudah jelas bahawa dia tidak menyukai anda. Kerana, apabila lelaki menyukai wanita, dia akan selalu menjaga hubungan mata dan tertarik mendengar kata-kata anda walaupun tidak begitu penting.

Tidak pernah bertanya tentang hidup anda

Lelaki yang menyukai anda akan tertarik untuk bertanya kehidupan anda lebih terperinci. Seperti menanyakan alamat, anak ke berapa, atau bagaimana kehidupan anda. Tetapi, Jika lelaki tidak pernah bertanya tentang anda, ini bermakna dia tidak kisah dan tidak menyukai anda sama sekali. Dia mungkin menyukai idea anda, tetapi dia rasa tidak ada yang perlu diketahui tentang hidup anda. Ini petanda anda harus move-on.

Membicarakan tentang wanita lain

Ketika lelaki membicarakan wanita di hadapan wanita lain, dia tidak mempunyai rasa tertarik pada anda. Dia tidak perlu menegaskan bahawa dia tidak menyukai anda. Tetapi dari caranya menyebut nama wanita lain dalam perbualan, bermakna dia tidak menyukai anda. Anda harus segera menyedari perkara ini dan mencari lelaki lain.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas