Tetaplah berhubung

Tidak Direstui Keluarga, Jangan Fikir Untuk ‘Kahwin Lari’

Hubungan

Tidak Direstui Keluarga, Jangan Fikir Untuk ‘Kahwin Lari’

Tidak Direstui Keluarga, Jangan Fikir Untuk ‘Kahwin Lari’


Ramai pasangan disebabkan oleh tanpa restu dari keluarga akhirnya memutuskan untuk ‘kahwin lari’. Ini dilakukan dengan alasan cinta yang tak mahu dilepaskan.

Tetapi, tidak selancar seperti dengan impian. ‘Kahwin lari’ sebenarnya terlalu berisiko dan tidak membahagiakan. Dan berikut beberapa alasan untuk tidak menjadikan ‘kahwin lari’ sebagai pilihan.

Akan menghadapi pelbagai masalah

Setiap pasangan pasti akan mengharungi pelbagai masalah yang merangkumi masalah kehidupan seharian. Tidak kurang ramai pasangan ‘kahwin lari’ tak tahan dengan masalah yang datang dan mereka tidak kuat untuk menjadi satu pasukan kerana selalu rasa sendirian. Inilah punca sebahagian dari mereka gagal menjalin hubungan yang berkekalan.

Bermula dari sifar

Kerana selepas pergi dari rumah tidak membawa apa-apa, pasangan kahwin lari hanya bermodalkan diri sendiri. Usaha akan lebih keras dan memerlukan proses yang lama. Dan ini biasanya yang membuat beberapa pasangan ‘kahwin lari’ tidak tahan dan akhirnya gagal.

Akan kembali dalam waktu yang lama

Walaupun ingin kembali, mereka akan rasa takut dan sangat bersalah, dan ini yang akan selalu menghantui diri. Kerinduan batin mereka meningkatkan dan mewujudkan perasaan sedih dan menyesal yang mendalam. Demikian mengutip di Boldsky.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas