Tetaplah berhubung

Tergoda Untuk Curang? Baca Ini Dahulu!

Foto: eonline

Hubungan

Tergoda Untuk Curang? Baca Ini Dahulu!

MEMPERTAHANKAN hubungan tidak semudah kata-kata. Sebabnya, godaan untuk curang sering kali datang dari pelbagai arah.

Ketika godaan curang datang, cubalah bertahan untuk tidak terbawa nafsu. Ada banyak cara yang boleh dilakukan agar terhindar dari godaan ini. Seperti dimuat Allwomenstalk, baca ini dahulu sebelum berlaku curang.

Mungkin hanya bosan sesaat

Jika terlintas dalam fikiran ingin menduakan pasangan, bukan bererti anda sudah tidak mencintainya lagi. Mungkin itu hanya perasaan bosan sesaat. Anda hanya memerlukan usaha untuk menghidupkan kembali api cinta dalam hubungan.

Jangan lupa anda mempunyai lelaki yang baik

Ini berlaku hampir kepada semua orang dari semasa ke semasa. Pada masa awalnya lelaki memang kelihatan baik. Tapi yang telah bersama dengan anda lebih lama adalah yang terbaik dan telah menerima segala kekurangan, serta kelebihan.

Semak komitmen anda

Perkara pertama dari semua yang harus difikirkan adalah tentang status hubungan. Adakah anda komited untuk sentiasa bersamanya? Jika anda mempunyai komitmen yang kuat, pasti niat mencurangi pasangan tidak dilakukan. Walaupun anda mempunyai peluang besar mendekati lelaki lain yang lebih baik, ingat komitmen sebelum bertindak.

Nafsu dan perasaan berbeza

Bila di hadapan anda ada lelaki yang lebih baik, itu bukan bererti harus mengambil peluang tersebut. Sebagai wanita dewasa, anda harus mampu membezakan nafsu dan perasaan yang sebenarnya. Jika anda menggoda lelaki lain, bersiaplah pasangan digoda wanita lain juga.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas