Tetaplah berhubung

Tanda-Tanda Anda Cuma Dimanfaatkan Kekasih

Hubungan

Tanda-Tanda Anda Cuma Dimanfaatkan Kekasih

Foto: huffingtonpost

Tanda-Tanda Anda Cuma Dimanfaatkan Kekasih


Tidak semua hubungan dibina dengan cinta. Pada kes tertentu, seseorang rela menjalani hubungan hanya untuk mengambil kepentingan peribadi.

Golongan lelaki wajib berhati-hati jika membaca gelagat aneh dari kekasihnya. Sebab, berkemungkinan dia tidak benar-benar tulus mencintai dan hanya memanfaatkan diri anda.

Dipetik dari Lovepanky, berikut tanda wanita yang anda sukai hanya memanfaatkan anda:

Kawannya tidak mengenali anda

Jika seorang wanita hanya memanfaatkan anda, dia tidak akan mahu memperkenalkannya diri anda dengan rakan-rakannya. Sebab, dia tidak ingin kawan-kawannya tahu bahawa dia bercinta dengan anda. Dia hanya ingin memanfaatkan untuk kepentingannya sendiri tanpa mahu melibatkan lebih dekat dengan persekitarannya.

Tidak mengenalkan anda sebagai teman wanita

Apabila dia memperkenalkannya anda hanya sebagai teman kepada orang-orang terdekatnya, sudah jelas dia tidak mahu mengakui anda sebagai kekasihnya. Ini bermakna dia hanya ingin memanfaatkan anda. Sebab, ketika seorang wanita mencintai kekasihnya, dia akan dengan bangga memperkenalkannya pada teman-temannya

Kerap mengelak

Seseorang yang benar-benar mencintai anda tidak akan cuba mengelak selama berhari-hari. Orang yang saling mencintai akan berusaha bertemu sekerap yang mungkin. Tapi jika dia hanya mahu bertemu ketika dia memerlukan anda lalu menghilangkan diri berhari-hari, dia hanya memanfaatkan anda.

Berkelakuan seperti rakan

Wanita yang mahu di ajak dating gayanya seperti kekasih tapi kadang bertingkahlaku hanya sebagai teman, tidak tulus mencintai anda. Jika dia menikmati waktu dengan anda namun menjauhi anda, ini bermakna dia hanya memanfaatkan anda. Dia tidak benar-benar terikat status sebagai kekasih dengan anda tetapi akan sentiasa memastikan anda sentiasa bersamanya untuk kepentingan peribadi.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas