Tetaplah berhubung

Tabiat Buruk Yang Rela Ditinggalkan Oleh Lelaki Setelah Berkahwin

Hubungan

Tabiat Buruk Yang Rela Ditinggalkan Oleh Lelaki Setelah Berkahwin

Gambar: Reader's Digest

Tabiat Buruk Yang Rela Ditinggalkan Oleh Lelaki Setelah Berkahwin


Merokok, malas mandi, dan tidak bergaya adalah contoh tabiat buruk yang ada pada lelaki. Namun, apabila tiba masanya untuk berkahwin, banyak lelaki yang rela meninggalkan tabiat buruk tersebut.

Contohnya, banyak lelaki yang bersedia menghentikan kebiasaan menonton filem biru selepas berkahwin. Bukankah ini bagus? Berikut tabiat buruk lain yang rela ditinggalkan lelaki setelah berkahwin, memetik dari laman Boldsky.

Merokok

Ramai lelaki yang berhenti merokok kerana permintaan isteri. Sebelumnya mereka memang sudah menyedari bahaya bagi kesihatan. Tapi, selepas berkahwin apalagi setelah ada anak, mereka tidak ingin tabiat buruk ini menimbulkan kesan buruk kesihatan bagi orang-orang tersayang.

Curang

Sebelum berkahwin, dia tidak boleh terikat hanya dengan satu hati. Namun, selepas berkahwin dengan wanita yang tepat, lelaki berjanji untuk tidak mengulangi tabiat buruk curang.

Minum minuman beralkohol

Kebiasaan mabuk selain tidak sihat, membazir wang, juga mencetuskan pertengkaran terutama semasa berada di bawah pengaruh alkohol.

Berpesta sampai pagi

Sewaktu masih bujang, lelaki senang hang out dan berpesta bersama rakan-rakannya. Namun, setelah janji suci terucap, dia menjadi seorang yang lebih senang menghabiskan masa di rumah.

Main game

Jika dulu dia boleh menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer untuk bermain game, selepas berkahwin dia menghentikan atau mengurangkan tabiat ini untuk menjadi suami yang lebih bertanggungjawab.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas