Tetaplah berhubung

Single Untuk Sementara Lebih Baik, Sebelum Mulakan Hubungan Baru

Hubungan

Single Untuk Sementara Lebih Baik, Sebelum Mulakan Hubungan Baru

Foto: shutterstock

Single Untuk Sementara Lebih Baik, Sebelum Mulakan Hubungan Baru


Ketika single, anda mungkin pernah meratapi nasib setiap hari dan berharap mempunyai kekasih. Daripada meratapi nasib, anda boleh fokus mengembangkan diri selama anda single.

Kadang-kadang, anda perlu menikmati segala hal sendirian sebelum hidup benar-benar berubah apabila mempunyai kekasih kelak. Dimuat dari Allwomenstalk, inilah sebab mengapa anda harus tetap single:

Mencintai diri sendiri dulu

Dengan status single, anda tidak perlu memikirkan bagaimana untuk membahagiakan orang lain. Tetapi anda mempunyai banyak masa untuk mencintai dan memanjakan diri sendiri. Manfaatkan keadaan anda yang single untuk mencintai dan memahami diri sendiri dulu sebelum membahagikan hidup untuk pasangan kelak. Khabar baiknya, anda tak perlu merasa cemas. Dicurangi dan dibohongi. Ini juga menghindarkan anda dari drama yang tidak perlu.

Banyak yang perlu difokuskan

Jika masih belajar, anda mempunyai peluang untuk fokus mengejar ilmu. Jika sudah bekerja, anda juga masih boleh fokus mengejar karier dan membantu kewangan keluarga. Fokuslah pada hal-hal positif yang tengah anda jalani ketika ini.

Masih mencintai bekas kekasih

Jika anda masih mencintai bekas kekasih, seharusnya anda juga tidak menjalin hubungan dengan orang yang baru. Lebih baik tetap single dan mendamaikan hati terlebih dahulu sehingga anda benar-benar boleh move-on. Kerana, jika anda memaksa hubungan di bawah bayang-bayang bekas kekasih, ini tidak adil untuk anda dan kekasih yang baru.

Belum menemui orang yang tepat

Jangan sampai terburu-buru menjalin hubungan dengan seseorang hanya kerana untuk status palsu atau kerana ejekan orang lain. Jika orang tersebut tidak sesuai untuk anda, tak perlu memaksakan hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa anda mempunyai kekasih. Tunggu sehingga anda benar-benar bertemu dengan orang yang tepat.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas