Tetaplah berhubung

Sikap Isteri Seperti Ini Tidak Boleh Diterima Suami

Hubungan

Sikap Isteri Seperti Ini Tidak Boleh Diterima Suami


NORMAL bagi suami jika isteri mengeluh, manja, dan minta di sayangi. Tapi, ada sikap isteri yang tidak boleh diterima suami.

Untuk itu, jangan membuat suami muak dengan sikap anda. Agar lebih berhati-hati, inilah beberapa sikap isteri yang sebenarnya membuat suami rasa muak. Berikut ini penjelasanya dipetik dari Familyshare.

Melepaskan tekanan

Kita semua mengalami hari yang buruk. Kadang mudah sekali bagi isteri ‘memuntahkan’ seluruh stresnya kepada suami. Seolah suami adalah orang paling kuat dan tahan menampung segala masalah. Tetapi sebenarnya tidak, suami juga ada batas.

Membandingkan

Rakan kerja anda mungkin dihantar suaminya bunga ke pejabat. Sementara anda tidak. Atau suami rakan anda bergaji tinggi dan baru mendapat kenaikan pangkat. Kemudian isteri mengadu tentang perkara ini kepada suami. Ini bukan memberi motivasi kepada suami, melainkan hanya membuatnya rasa muak.

Meremehkan

Jika isteri terus-menerus berleter dengan situasi rumah tangga, bermakna peranan berkongsi sudah mulai pudar. Sebab, pasangan suami-isteri berkongsi dan saling membantu dalam bahagian yang sama. Sering berleter sama saja anda tidak menghargai suami sebagai pemimpin rumah tangga.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas