Tetaplah berhubung

Sikap Dan Petanda Pasangan Menduakan Anda

Hubungan

Sikap Dan Petanda Pasangan Menduakan Anda

Sikap Dan Petanda Pasangan Menduakan Anda


Siapa yang dapat mengetahui isi hati seseorang? Sikap dan kata tidak selalu sama dengan apa yang tersimpan di lubuk hati seseorang.

Itulah sebabnya sukar sekali mengetahui bagaimana perasaan pasangan walaupun si dia ada di samping anda.

Namun, ketika pasangan curang, mereka menunjukkan perubahan sikap yang lain daripada biasa. Ada tanda-tanda yang paling nyata dan mudah dibaca melalui perubahan sikap ini.

Puji ke langit

Bila pasangan mula bercakap tentang betapa hebatnya anda, mungkin itu cara dia menutupi perasaan yang lain. Ini adalah kaedah bagus untuk mengaburi kecurigaan anda.

Gelisah

Jika cara bicara kekasih biasanya penuh percaya diri tiba-tiba berubah dan panik, anda perlu mencari tahu mengapa ia gugup. Lihat apakah tangannya berpeluh atau matanya tidak fokus. Bila itu terjadi bermakna ada sesuatu yang sedang ditutup-tutupi.

Gembira

Siapa yang tidak senang bila pasangan bahagia, tetapi bila bahagianya kerana wanita lain, ini menjadi kekecewaan besar bagi wanita. Lelaki akan nampak bahagia ketika sedang jatuh cinta lagi, wajahnya berseri-seri padahal tiada peristiwa istimewa antara anda dan dia.

Berjenaka

Ada perbezaan lelaki berkarakter kelakar dan biasa-biasa. Ketika perasaan pasangan curang, dia lebih banyak bergurau, tetapi sayang kelakarnya hambar. Lelaki memaksakan diri kelihatan lucu di hadapan pasangan untuk menyembunyikan sesuatu. Demikian dimuat dari Allwomenstalk.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas