Tetaplah berhubung

Semak Kesetiaan Calon Suami

Hubungan

Semak Kesetiaan Calon Suami

Gambar: Jordangrayconsuling

Semak Kesetiaan Calon Suami


Aset berharga pasangan adalah kesetiaannya. Ramai orang selama ini berjuang untuk mencari pasangan yang setia dan boleh dipercayai. Pasangan setia lebih penting berbanding romantik atau harta yang dimiliki.

Jika anda ingin mendapat pasangan yang setia, amati dulu kelakuannya. Dipetik dari wikiHow, Isnin (14/11/2016), inilah perkara-perkara yang perlu diperhatikan jika ingin mendapat pasangan yang setia.

Boleh dipercayai dan jujur

Perhatikan sifat-sifat peribadi pasangan sebelum menjadikan si dia sebagai pasangan masa depan. Perhatikan dalam pekerjaan, dia orang yang jujur atau tidak. Jika dalam bekerja dia tidak jujur, maka moralnya tidak terlalu kuat.

Sokongannya terhadap anda

Pasangan yang setia sentiasa menyokong orang yang dicintainya. Bila dia meninggalkan anda kini sedang dalam kesulitan, itu petanda dia tak setia. Tetapi, jika dia selalu ada, anda boleh mempertimbangkan si dia sebagai pasangan masa depan.

Kematangan emosi

Kematangan emosi adalah sifat penting dalam hubungan. Menjadi dewasa secara emosi merupakan petunjuk yang baik dari kesetiaan dan petanda baik hubungan yang sihat.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas