Tetaplah berhubung

Semak Adakah Pasangan Menghormati Anda

Hubungan

Semak Adakah Pasangan Menghormati Anda

Gambar: Huffington Post

Semak Adakah Pasangan Menghormati Anda


Menghormati pasangan adalah salah satu tanda hubungan yang sihat. Dengan demikian hubungan anda bahagia. Ingin tahu adakah anda dihormati oleh pasangan? Semak ciri-ciri berikut ini.

Dia meminta pendapat anda

Ketika dia gelisah haruskah berpindah pekerjaan atau hal-hal sederhana seperti bingung kemeja mana yang harus dipakai, dia akan meminta pendapat anda. Kedengarannya memang menjengkelkan, tapi ini merupakan tanda bahawa dia menghormati anda.

Tidak menentukan

Jika pasangan anda cukup sporting dan memberikan anda kebebasan, ini adalah tanda bahawa dia percaya dan menghormati anda. Dia juga memberikan anda ruang untuk bersuara.

Tidak cemburu

Ketika seorang lelaki jatuh cinta dengan anda, dia akan percaya dan memberikan anda kebebasan. Sebab itu, dia tidak mudah cemburu apabila ada lelaki lain mendekati.

Selalu melibatkan anda

Anda berdua merupakan satu pasukan sehingga anda selalu dilibatkan dalam memutuskan sesuatu. Harga diri anda merupakan perkara utama baginya.

Tidak pamer diri sendiri

Dia tidak suka membangga-banggakan diri akan prestasi yang diperolehnya kerana apa yang diraih adalah atas dasar sokongan anda.

Menyokong

Dia tidak melarang anda bermimpi, sebaliknya menyokong setiap keputusan anda. Dia juga selalu ada saat anda tertekan atau stres. Demikian diwartakan oleh Boldsky.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas