Tetaplah berhubung

Segera Lakukan Ini Bila Terjebak Cinta Terlarang

Foto: Shutterstock

Hubungan

Segera Lakukan Ini Bila Terjebak Cinta Terlarang

TERJEBAK cinta terlarang dengan bekas kekasih kawan sendiri memang boleh menjadi dilema. Selain perlu menjaga hubungan dengan kekasih, anda juga harus menjaga hubungan dengan kawan.

Bila sedang berhadapan dengan permasalahan ini, Memetik Boldsky lakukan perkara berikut ini.

Tak gah dalam percakapan

Jangan terlalu gah dengan selalu berjanji memberikan kasih sayang yang lebih baik daripada kawan anda. Jika suatu ketika dia mendapati anda tidak terlalu berbeza dengan rakan anda atau bekas kekasihnya, hubungan anda juga akan terkandas.

Jangan membandingkan

Jangan berekspektasi bahawa anda akan jauh lebih baik. Malah, jangan terucap dari mulut anda membandingkan diri dengannya. Setiap orang berbeza, membandingkan masa lalu dengan masa kini hanya akan menghancurkan hubungan.

Ada dua hubungan yang akan dihadapi, dengan kawan-kawan anda dan dengan bekas kekasihnya yang kini jadi kekasih anda. Jangan rasa ini wajar kerana cinta tak pernah salah, akan tetapi jagalah perasaan kawan anda. Penjelasan secara hemah harus tetap dilakukan.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas