Tetaplah berhubung

Sebelum Menghantar Teks Pesanan Whatsapp Ketahui Perkara Ini Terlebih Dahulu

Hubungan

Sebelum Menghantar Teks Pesanan Whatsapp Ketahui Perkara Ini Terlebih Dahulu

Sebelum Menghantar Teks Pesanan Whatsapp Ketahui Perkara Ini Terlebih Dahulu


Teks  mesej membuatkan seseorang rasa lebih dekat dengan orang lain walau berjauhan. Penghantaran teks mesej memang tiada peraturan. Namun, ada beberapa perkara yang sebaiknya perlu diketahui semasa menghantar teks mesej ini.

Berikut beberapa perkara berkaitan dengan penghantaran mesej yang sebaiknya diketahui.

Respon

Seseorang sudah pasti inginkan masa untuk bersendiri tanpa ingin diganggu, walau hanya teks mesej. Namun, usahakan untuk memberi masa dan ruang untuk orang yang telah dikirim teks mesej untuk membalas, tidak masalah walau selepas satu jam baru ada balasan, atau menjelang waktu tidur.

Lihat kembali teks mesej

Anda mungkin yakin dapat mengelakkan kesalahan menulis atau salah dihantar kepada penerima, namun lebih bijak jika melihat kembali isi mesej dan siapa penerima mesej tersebut sekali lagi. Lebih mudah daripada perlu mencari pekerjaan baru kerana tersalah menghantar sesuatu yang tidak menyenangkan pada bos yang berakhir dengan pemecatan.

Perlu masa

Jika ingin bercerita tentang sesuatu yang kiranya panjang lebar, jangan menceritakannya melalui teks mesej. Hal yang paling mudah jika anda ingin bercerita panjang lebar adalah melalui telefon atau gunakan mesej suara untuk mengajak orang yang akan menjadi pendengar cerita.

Jangan khuatir

Jika seseorang tidak bertindak balas kepada mesej dengan cepat, itu tidak bermakna mereka membenci anda. Ada sejumlah kemungkinan kenapa mereka tidak dapat membalasnya dengan cepat, seperti sedang bekerja, beribadah, dan melakukan sesuatu yang bersifat peribadi.

Jangan mengakhiri hubungan

Jika telah memulakan suatu hubungan dengan seseorang secara baik-baik, jangan pula sampai menamatkan hubungan tersebut melalui teks mesej. Selain tidak sopan, itu juga akan membuat anda kelihatan seperti seorang penakut. Jika ingin menamatkan hubungan dengan seseorang, lakukanlah dengan cara bersemuka dan menjelaskan kesemuanya.

Jangan sampai anda memarahi dan menghantar mesej terus-menerus pada mereka. Hal itu hanya akan membuat mereka lebih suka tidak membalas teks mesej tersebut.

Dukacita

Jika sesuatu suatu bencana menimpa seseorang atau mungkin seseorang kehilangan orang yang dicintainya, jangan ucapkan rasa dukacita hanya melalui teks mesej. Paling tidak, telefon orang tersebut dan ini akan membuat orang itu rasa tidak bersendirian. Menyampaikan rasa dukacita melalui teks mesej seakan anda tidak peduli lagi keadaan orang yang terkena bencana tersebut. Demikian dipetik di Lifecheating.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas