Tetaplah berhubung

Sebab Utama Pasangan Rasa Cemburu

Hubungan

Sebab Utama Pasangan Rasa Cemburu


Cemburu boleh menghalang perkembangan dalam perhubungan. Apatah lagi bila penyebabnya perkara-perkara remeh, pasangan boleh rasa lelah atau bosan justeru meninggalkan anda.

Sebelum hubungan semakin hancur sebaiknya kendali rasa cemburu dengan mengenali petanda-tanda berikut ini dipetik dari laman Yourtango.

Insecure

Salah satu punca utama iri hati adalah rasa tidak selamat yang tidak menentu pada fikiran bawah sedar. Anda begitu yakin dia akan curang sehingga selalu mengawasi tindak-tanduknya dan akhirnya mengesan anda sangat cemburu. Anda malah kerap melanggar privasi di setiap kesempatan memeriksa telefon bimbitnya, membaca emel-nya, dan lain-lain.

Pengalaman masa lalu 

Kadang-kadang, cemburu bermula dari pengalaman masa lalu. Anda selalu melihat pasangan yang pernah curang dalam hubungan sebelumnya. Anda tak perlu lengah lagi kerana tidak ingin melalui rasa sakit yang mengerikan itu.

Berfikir anda adalah miliknya

Berfikir bahawa pasangan adalah milik anda merupakan pola pemikiran yang sangat salah. Bila anda berfikir sebegini, tidak akan ada ruang baginya malah untuk mempunyai rakan-rakan kerja wanita. Ingat anda tidak memiliki sesiapa pun. Walaupun telah berkahwin pasangan anda mempunyai kehendak untuk memilih kawan.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas