Tetaplah berhubung

Sayangnya Allah Terhadap Wanita

Hubungan

Sayangnya Allah Terhadap Wanita

Sayangnya Allah Terhadap Wanita


Ada yang kata menjadi seorang wanita adalah susah, lihat sahaja perkara di bawah ini:

1. Wanita auratnya lebih susah untuk dijaga (lebih banyak) dibanding dengan lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan harta lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan pada isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tiada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak berhenti-hentinya berpromosi untuk “MEMBEBASKAN WANITA”.

Pernahkah kita lihat sebaliknya (pada kenyataannya) ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah bukan? Itulah perbandingan dengan seorang wanita.

2.Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika dia meninggal dunia kerana melahirkan anak adalah mati syahid dan syurga sedia menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana sahaja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu: solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang seorang yang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Demikian sayangnya ALLAH pada wanita.

KELEMAHAN WANITA ITU ADALAH:

“Wanita selalu lupa betapa berharga dirinya”

Sila kongsikan… Semoga bermanfaat.

Sumber: infonemasbro.blogspot.com

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas