Tetaplah berhubung

RM14,000 Sebulan Untuk Bezakan Anak Ayam

Hubungan

RM14,000 Sebulan Untuk Bezakan Anak Ayam

Gambar: The Times

RM14,000 Sebulan Untuk Bezakan Anak Ayam


Gaji yang ditawarkan sememangnya lumayan dengan bayaran RM 14,000 sebulan namun tiada siapa yang mahu melakukan pekerjaan ini.

Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar untuk dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.

Dipetik dari The Times, pada Selasa (4/3/2015) yang berjaya mendapatkan komen Andrew Large, ketua eksekutif British Poultry Council berkata …

“Saya rasa masalah ini adalah pekerjaan itu sendiri. Dengan menghabiskan waktu setiap hari merenung bahagian belakang anak ayam. Yang tidak dilihat sebagai menarik. ”

Industri ternakan di United Kingdom kini sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Selain mengambil masa selama tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina yang kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.

Walaupun pekerjaan ini mungkin kelihatan agak pelik, tetapi boleh dianggap sebagai salah satu pekerjaan berstatus tinggi di Asia Tenggara walaupun perlu membezakan anggaran sekitar 800 ke 1200 anak ayam setiap hari dengan, sekurang-kurangnya, kadar ketepatan 97% manakala di United Kingdom pekerjaan ini lebih cenderung menjadi bahan jenaka.

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas