Tetaplah berhubung

Risiko Menjalin Hubungan Dengan Orang Yang Tak Dicintai

Hubungan

Risiko Menjalin Hubungan Dengan Orang Yang Tak Dicintai

Risiko Menjalin Hubungan Dengan Orang Yang Tak Dicintai


Sedang menjalin hubungan dengan lelaki yang selalu membuat anda tersenyum, yang perhatian, selalu ada untuk anda, dan disukai keluarga? Semua terasa sempurna sampai kemudian anda menyedari sesuatu, bahawa anda tidak mencintainya.

Berikut risiko yang pasti anda rasakan ketika menjalin hubungan dengan orang yang tidak disukai.

Tidak terbuka

Bersama dengannya tidak membuat diri anda menjadi seadanya. Akibatnya, anda tidak menjadi diri yang sebetulnya.

Rasa diri tidak sesuai

Kesempurnaan dan kebaikannya membuatkan anda rasa tidak sesuai menjadi pasangannya. Anda seakan diingatkan tentang kekurangan anda sehingga berfikir masih ramai gadis di luar sana yang sebetulnya sesuai.

Mudah jengkel

Apa-apa yang dia lakukan tidak membuat anda puas kerana memang anda tidak mencintainya. Sebaliknya apabila dia melakukan kesalahan kecil, anda dengan cepat rasa jengkel dengannya.

Dianggap tidak bersyukur

Keluarga dan rakan-rakan kerap bertanya apa sebenarnya yang anda inginkan. Kenyataannya? Hanya tidak jatuh cinta padanya.

Memenatkan

Semua orang suka tetapi tidak dengan anda. Setiap hari memaksakan diri untuk berpura-pura jatuh cinta sangatlah memenatkan.

Mencari alasan bertengkar

Mencari-cari alasan untuk bertengkar agar boleh terlepas darinya. Malangnya dia terlalu baik sehingga kerap mengelakkan pertengkaran. Demikian memetik Indiatimes.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas