Tetaplah berhubung

Rasa Hampa Tapi Pura-Pura Bahagia? Baca Ini!

Hubungan

Rasa Hampa Tapi Pura-Pura Bahagia? Baca Ini!

Gambar: Google

Rasa Hampa Tapi Pura-Pura Bahagia? Baca Ini!


Anda selalu rasa hampa dan kosong? Walaupun bibir anda tersenyum dan berusaha nampak bahagia di hadapan semua orang, ada rasa kosong yang selalu bergemuruh di dalam dada.

Adakah anda benar-benar bahagia atau itu hanya pementasan? Baca kisah hidup seorang sahabat ini, semoga dapat memberi sedikit cahaya pada kehidupan anda.

***

Aku selalu belajar dari setiap kejadian yang hadir dalam hidupku. Dalam setiap langkahku maju ke depan, selalu terselip pelajaran penuh makna dari kejadian masa laluku. Satu langkah aku belajar dari rasa sakit pengkhianatan, satu langkah aku teringat pedihnya ditinggalkan orang yang kita sayang. Langkah demi langkah aku hayun dengan penuh rasa mantap dan percaya diri. Aku sekarang di sini telah melalui banyak cubaan dan perjalanan dari rasa sakit dan ujian kesabaran, serta keikhlasan dalam menerima setiap rasa sakit dan kepedihan dari kehilangan rasa kebahagiaan.

Bila melihat ke belakang yang ada adalah ingatan akan kepedihan. Kadang-kadang hatiku pun sedikit menjadi keras dan kepala sedikit membantu. Orang mengatakan aku angkuh, sombong. Padahal semua aku lakukan hanya untuk menjaga diri dan hatiku agar tidak lagi disakiti. Aku sendiri bergelut dengan kehidupan demi mendapat kebahagiaan, dan menciptakan kebahagiaan itu sendiri. Jika bukan aku, siapa lagi yang akan menjaga hatiku? Siapa lagi yang peduli akan kebahagiaanku?

Dengan semua rasa sakit yang aku perolehi sepanjang perjalanan hidupku, aku menjadi wanita yang kuat, angkuh dan keras. Sifat ini terus aku pertahankan untuk menjaga kebahagiaan hidupku. Namun, dari tahun ke tahun yang aku perolehi hanyalah kehampaan dan rasa sakit, kerana aku seperti membohongi diriku sendiri. Aku suka bersandiwara dengan hidupku sendiri.

Ya, aku memang dapat bertahan dalam kerasnya kehidupanku. Ya, aku memang dapat tetap hidup dan tertawa, tapi tanpa aku sedari aku rasa sakit terus terkumpul. Rasa sakit daripada kekecewaan dan kehampaan yang aku sembunyikan melalui rasa benci, dendam yang aku balut dengan senyum dan tawa kepalsuan. Aku bahagia? Tidak.

Aku semakin sombong dan angkuh. Malah hampir sahaja melupakan Tuhan. Benar kata orang ikhlas dan memaafkan memang mudah untuk diucapkan tetapi sukar untuk diterima oleh hati. Sekarang aku belajar untuk memaafkan dan menerima. Memaafkan orang-orang yang aku sayang yang telah melukaiku. Menerima semua airmata dan kepedihan ini sebagai pembelajaran dalam hidup untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Kadang-kadang tanpa sedar dengan membenci dan menyimpan dendam kita telah menjadi sama seperti orang-orang yang kita benci, seperti mereka yang telah menyakiti kita. Dan ketika ku sedari itu aku menjadi takut akan diriku sendiri. Se akan aku menjelma menjadi raksasa yang paling aku takuti. Ya Tuhan, ampuni aku. Ya Allah yang maha pengasih ampuni aku, aku mohon perlindunganmu.

Saat aku bersujud ketika aku meminta, saat aku merendah penuh permohonan dan keampunan itulah aku rasa begitu tenang dan pasrah. Aku rasa begitu kuat dan aman. Aku rasa tida lagi yang perlu aku khuatirkan.

Benar kata orang “Apabila Allah memberi kita cubaan, Dia tidak meminta kita untuk memikirkan jalan keluarnya.Tapi cukup berdoa dan bersabar,”

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas