Tetaplah berhubung

Rahsia Di Sebalik Genggaman Tangan Kekasih Anda

Foto: deseretdigital

Hubungan

Rahsia Di Sebalik Genggaman Tangan Kekasih Anda

Jangan memandang rendah gandingan dan genggaman tangan, terutama yang dilakukan oleh kekasih anda.

Ada satu kajian yang meneliti tentang cara kekasih menggenggam tangan pasangan. Perkara ini ditunjukkan dari sebuah kajian yang dilakukan pada 2013.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam Current Psychology tersebut, cara anda dan kekasih berpegangan tangan dapat membayangkan bagaimana anda berdua menjalani hubungan.

Penyelidikan mengatakan, sekiranya 90 peratus lelaki meletakkan tangan mereka di atas tangan pasangan. Sama seperti seseorang yang lebih dewasa memegang tangan anak kecil. Ini bermakna si lelaki ingin menunjukkan kepada umum bahawa dia lebih dominan dalam hubungan tersebut.

Sementara, kajian 1999 dari Perpetual and Motor Skills berkata, cara memegang tangan tersebut adalah cara yang tradisional. Sedangkan dalam buku “Relations in Public”, pakar sosiologi Erving Goffman menulis bahawa kedudukan tangan lelaki cenderung untuk berada di luar seolah ingin menunjukkan bahawa dia bersedia menghadapi dunia, sementara tangan wanita lebih sering di dalam yang menunjukkan dia berada di dalam perlindungan.

Namun, apabila pasangan sama-sama meletakkan tangan mereka di atas, ertinya mereka berkongsi tanggungjawab dan mempunyai kesaksamaan dalam hubungan yang dijalani.

Tidak hanya soal hubungan kekasih atau suami-isteri, memegang tangan pada anak-anak juga boleh dikatakan demikian. Wanita yang memegang tangan anak-anak cenderung untuk menunjukkan bahawa dirinya lebih dominan dan ingin melindungi anak-anak.

Terlepas dari bagaimana cara seseorang memegang tangan pasangannya, para penyelidik mengatakan bahawa memegang tangan dalam bentuk apa pun mampu mengurangkan rasa tekanan dan tahap kebimbangan.

Memberikan sedikit tekanan pada ketika memegang kekasih anda juga memberikan kesan yang baik. Mula menenangkan rasa sakit yang tengah dirasakan oleh kekasih hingga mengurangkan kecemasan, khususnya ketika daerah antara ibu jari dan telunjuk ditekan.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas