Tetaplah berhubung

Petanda Tengah Jatuh Cinta Dengan Rakan Sepejabat

Hubungan

Petanda Tengah Jatuh Cinta Dengan Rakan Sepejabat


Tiada yang boleh mengelak anak panah cinta bila memang sudah waktunya hati anda terpanah. Tidak mengenal sesiapa, masa, dan tempat, termasuk juga dalam dunia pekerjaan. Anda boleh terlibat ‘cinta lokasi’ dengan rakan sepejabat. Bagaimana petandanya? Semak ulasan berikut ini.

Pertama, anda hanya bergantung kepada dia seorang di pejabat untuk sebahagian besar keperluan anda. Dari kerja-kerja kecil hingga yang besar anda selalu mencarinya untuk meminta bantuan. Anda menghabiskan sebahagian besar masa dengan orang tersebut.

Kedua, anda cenderung untuk mempunyai perbualan yang lebih mendalam dengan dia tentang kehidupan peribadi anda secara umum. Anda tidak pernah ragu untuk berkongsi sesuatu tentang hidup anda dengan orang tersebut.

Ketiga, anda rasa bebas untuk jujur dengan orang itu. Tiada batasan. Malah, jika anda perlu mengkritik orang itu, anda tidak akan berfikir dua kali, anda berdua saling memahami. Demikian memetik Boldsky.

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas