Tetaplah berhubung

Petanda Si Dia Hanya Main-Main Dengan Perasaan Anda

Hubungan

Petanda Si Dia Hanya Main-Main Dengan Perasaan Anda

Gambar: Boldsky

Petanda Si Dia Hanya Main-Main Dengan Perasaan Anda


Tak semua orang yang menjalinkan hubungan benar-benar serius. Ada yang mengajak bercinta hanya untuk lari dari sesuatu atau suka-suka.

Jangan sampai anda yang sudah terlalu menyayanginya kemudian harus patah hati kerana dia tak serius dengan anda. Kenali petandanya seperti memetik dari Yourtango, berikut ini:

Tidak mahu mengenalkan anda kepada kawannya

Apabila anda meminta dikenalkan kepada rakan-rakannya dan dia berdalih, anda perlu berhati-hati. Mungkin dia tidak akan membenarkan anda bertemu rakan-rakannya dengan alasan anda begitu istimewa untuk dirinya. Tetapi, jika anda tidak pernah bertemu dan tidak diperkenalkan ke salah seorang kawannya sama sekali, anda bukan keutamaannya.

Dia mengelak soalan

Apabila anda bertanya tentang sifatnya yang berubah dan dia malas menjawabnya, boleh jadi dia memang tidak mahu tahu perasaan anda. Jawapan dia akan selalu berputar-putar pada “Saya tak tahu apa yang awak bicarakan” atau “Awak terlalu membesar-besarkan hal remeh”. Jika dia biasa melakukan itu pada anda, mungkin perasaan anda benar bahawa dia memang tidak serius dengan anda.

Ceritanya berubah-ubah

Kerana takut diketahui, dia akan mencipta pembohongan demi pembohongan melalui sebuah cerita. Tapi cerita yang dia ceritakan berubah-ubah dan membuat anda kebingungan dengan permainannya. Jika anda kerap mendapati cerita yang selalu berubah, kemungkinan dia memang hanya mempermainkan anda.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas