Tetaplah berhubung

Petanda Pasangan Tidak Jujur Dalam Bercinta

Hubungan

Petanda Pasangan Tidak Jujur Dalam Bercinta

Foto: Wordpress

Petanda Pasangan Tidak Jujur Dalam Bercinta


Adakah anda percaya pasangan anda 100% mencintai anda? Atau ragu berkemungkinan ada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pasangan?
Dalam hal percintaan, beberapa perkara boleh menjadi samar. Oleh sebab itu, seseorang sebaiknya tidak menafsirkan sendiri apa yang dirasakan. Sebab, dikhuatiri akan menipu perasaan sendiri.

Sebelum kekecewaan datang, sebaiknya anda mengenali tanda-tanda pasangan yang tidak benar-benar mencintai. Berikut ini adalah tanda-tanda pasangan yang hanya berpura-pura mencintai anda.

Ego

Orang eg selalunya bermasalah dalam hubungan cinta. Kisah asmaranya selalu bermasalah kerana mereka sukar jatuh cinta. Dia lebih mementingkan diri sendiri berbanding pasangannya. Itu bermakna dia tidak benar-benar mencintai seseorang.

Mata Keranjang

Jika mata kekasih anda masih suka melihat wanita cantik atau seksi yang sedang melintas, cintanya perlu dipersoalkan lagi. Seorang lelaki yang sudah benar-benar mencintai boleh menjaga pandangannya dari wanita lain.

Rasa Ragu

Cuba jujur pada diri sendiri, adakah anda ragu menjalani hubungan ini? Jika ragu bermakna anda berhak meragukan cintanya pula. Kadang-kadang seseorang tak perlu marah kerana kekasihnya tidak benar-benar mencintai, sebab itu berkemungkinan adalah dirinya sendiri.

Kasar

Hubungan sangat mudah hancur bila pasangan bertindak kasar. Banyak wanita akhirnya sedar kalau kekasihnya tidak benar-benar mencintai kerana sikapnya yang beremosi, mudah marah, dan kasar. Akhirnya mereka pun berputus asa.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas