Tetaplah berhubung

Petanda Pasangan Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Foto: Mindbodygreen

Hubungan

Petanda Pasangan Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Petanda Pasangan Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Siapa yang tidak mahukan perkahwinan? Gaun pengantin yang elegan, sut gagah, ucapan selamat dari orang ramai, dan majlis yang meriah, menjadi dambaan hampir semua orang.

Namun, adakah anda betul-betul sudah bersedia untuk berkahwin? Jika anda ragu mengatakan ‘ya’, ketahui petanda seseorang belum bersedia menuju ke jinjang pelamin, dikutip dari laman Bustle.

Masih berhubungan dengan bekas teman lelaki

Hmm, ini petandanya anda belum serius meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius. Pernikahan merupakan momentum menatap masa depan, bukan berdalih sesekali pada masa lampau.

Belum puas “menjelajah”

Masih ingin menerokai pelbagai jenis lelaki atau wanita, juga menandakan seseorang belum bersedia untuk berkahwin. Keseriusan dalam perhubungan perlu dilakukan, kerana pasangan akan menjadi sahabat anda seumur hidup.

Belum percaya dengan pasangan

Jika anda masih mencurigai pasangan dan belum sepenuhnya meletakkan kepercayaan padanya, anda belum bersedia untuk mengucapkan sumpah sehidup semati. Tiada yang salah, menumbuhkan rasa kepercayaan memang memerlukan waktu yang tidak sebentar.

Anda ingin membuat teman iri hati

Berkahwin bukan bertujuan untuk membuat teman-teman iri hati. Memang ada rasa bangga ketika anda berkahwin dan memperlihatkan megahnya majlis perkahwinan, tapi tujuan berkahwin yang sesungguhnya tidak bersifat sementara.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas