Tetaplah berhubung

Petanda Harus Segera Ajak Si Dia Menikah

Hubungan

Petanda Harus Segera Ajak Si Dia Menikah

Gambar: Google

Petanda Harus Segera Ajak Si Dia Menikah


Masih berfikir sama ada si dia yang ada di samping anda ketika ini adalah pilihan yang tepat atau tidak? Adakah ini sedang terjadi pada diri anda?

Sebelum rasa ragu semakin jauh, berikut beberapa tips untuk mengetahui adakah si dia sesuai untuk di bawa ke jinjang pelamin atau tidak.

Boleh memahami
Setelah sekian banyak halangan dan masalah yang dilalui bersama dengan si dia sentiasa boleh mengerti dan memahami apa yang dirasakan, itu bermakna si dia sesuai untuk diajak ke jinjang pelamin. Sesungguhnya apa yang kita perlukan dalam kehidupan rumah tangga adalah pasangan yang dapat memahami apa yang kita inginkan dan apa yang dirasakan.

Selalu sabar
Wanita sering dikenali dengan kemahuannya yang teramat banyak. Bila pasangan anda dapat memenuhi segala kemahuan anda, bermakna si dia layak dijadikan pemimpin dalam bahtera rumah tangga.

Selalu menyokong
Segeralah menikah apabila telah mempunyai pasangan kekasih yang sentiasa menyokong apa yang anda lakukan. Tidak pernah mengeluh dengan kesibukan anda dan sentiasa menyokong apa yang lakukan. Jadi, tunggu apa lagi?

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas