Tetaplah berhubung

Petanda Cinta Penuh Kepalsuan

Hubungan

Petanda Cinta Penuh Kepalsuan


Anda benar-benar jatuh cinta? Yakinkah anda dengan perasaan itu? Sebelum rasa benar-benar jatuh cinta, kenali dulu apa erti cinta.

Mungkin anda salah menafsirkannya sehingga terjebak dalam perasaan palsu. Dimuat di laman Allwomenstalk, berikut petanda cinta hanya sebuah kepalsuan.

Selalu tentang diri sendiri

Orang mementingkan diri sendiri dan orang-orang yang sia-sia mempunyai banyak masalah mencintai orang lain. Mereka rasa sudah banyak memberi kasih sayang, malah sudah rasa ‘satu’. Kesalahan adalah kerana anda lebih mementingkan diri sendiri berbanding dia.

Hanya sekadar pandangan mata

Tiada salahnya memang mencintai seseorang kerana terpikat daya tarik fizikal. Tapi, jika hanya itu yang membuat anda cinta, cuba semak lagi kemurnian cinta anda.

Malu dengan orang lain soal dia

Dia mungkin tidak seperti orang yang anda harapkan. Dia ada banyak kekurangan, tapi jika di depan orang lain anda malu berjalan dengan dia bererti cinta anda adalah palsu. Jika cinta itu benar anda tidak akan malu, malah rasa bangga bersamanya di hadapan orang lain.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas