Tetaplah berhubung

Petanda Anda Satu-Satunya Orang Paling Istimewa

Foto: Canberralimo

Hubungan

Petanda Anda Satu-Satunya Orang Paling Istimewa

Siapa yang tak senang bila menjadi satu-satunya orang yang paling bahagia diperlakukan oleh orang yang disayangi? Tentu ini membanggakan.

Jadi, bagaimana petanda pasangan yang telah menjadikan anda seseorang istimewa dan satu-satunya dalam hidupnya? Berikut ulasannya.

#1 Menggunakan kata “kita”

Apabila dia mula membincangkan masa depan, tanpa ragu memanggil dengan “kita” tiada lagi “saya” atau “kamu”. Ini petandanya anda sudah menjadi bahagian terpenting dari rencana hidupnya.

#2 Mengetahui semua ahli keluarganya

Ketika dia benar-benar menjadikan anda satu-satunya wanita dalam hidupnya, dia akan terus menetapkan pilihan. Oleh kerana itu, jangan terkejut jika dia tiba-tiba membawa anda ke rumahnya untuk bertemu dengan keluarga besarnya.

#3 Menutup akaun temu janji dalam talian

Siapa yang hari ini tak mempunyai akaun online dating? Tinder contohnya. Apabila anda menjadi satu-satunya orang istimewa dalam hidupnya dia akan menutup akaun dalam talian itu dengan segera.

#4 Bangga mengenalkan anda

Petanda lain anda telah menjadi satu-satunya orang istimewa dalam hidupnya adalah, dia tidak akan menghindar ketika kawan-kawannya merajuk ingin diperkenalkan dengan anda. Malah, anda selalu diajak turut serta ketika keluar bersama rakan-rakannya.

Sumber: Boldsky

Klik Untuk Komen
Ke Atas