Tetaplah berhubung

Petanda Anda Harus Memutuskan Hubungan Dengan Si Dia

Hubungan

Petanda Anda Harus Memutuskan Hubungan Dengan Si Dia


DALAM perhubungan, pertengkaran diibaratkan seperti resepi masakan, kerana boleh menjadikan hubungan semakin erat. Namun jangan salah, itu juga boleh menjadikan hubungan semakin panas.

Bila nasi sudah menjadi bubur, baca ulasan berikut ini, waktunya mengakhiri hubungan anda.

Tidak bahagia

Ini adalah cara yang paling mudah untuk mengetahui sama ada anda terjebak dalam hubungan yang salah. Jika anda mendapati diri tertekan dalam perhubungan, atau sekadar rasa ngeri ketika memikirkannya, maka mungkin sudah tiba masanya anda membuka mata dan mengakhiri hubungan tersebut.

Anda seperti superman

Bukan anda yang dilindungi, anda pula yang melindunginya bagaikan superman. Lama kelamaan anda akan rasa malu, dan ini adalah masa anda keluar dari hubungan tersebut.

Selalu ingin putus

Kerana perilakunya yang selalu membuat anda jengkel, anda selalu ingin putus. Bersama dengannya membuat rasa tidak senang, jika sudah begitu untuk apa dipertahankan lagi.

Tidak menjadi diri sendiri

Salah satu cara untuk mengetahui sama ada anda terjebak atau tidak bahagia dalam perhubungan adalah dengan bertanya pada diri sendiri. Berapa banyak yang telah berubah dari diri anda ketika berhubungan dengannya? Demikian memetik Lovepanky.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas