Tetaplah berhubung

Pertimbangan Yang Perlu Sebelum Bercerai

pertimbangan-yang-perlu-sebelum-bercerai

Hubungan

Pertimbangan Yang Perlu Sebelum Bercerai

Foto: Google

Pertimbangan Yang Perlu Sebelum Bercerai

Sebesar manapun masalah perkahwinan sehingga membuat anda rasa kecewa, penceraian belum tentu menjadi penyelesaian yang terbaik. Sebabnya, seburuk apa pun situasi pasti boleh diperbaiki.
Jika komitmen awal untuk terus berjuang, penceraian dapat dielakkan. Sebelum membuat keputusan cerai, berikut pertimbangan yang perlu difikirkan.

Lari dari masalah bukan penyelesaian

Tentunya anda ada mengalami masalah dalam perkahwinan, tetapi pernahkah anda terfikir bila bercerai dan menjalin hubungan yang baru, anda akan terhindar dari masalah rumah tangga? Jika berfikir tidak, itu tidak benar. Semua masalah rumah tangga adalah sama.

Menyelesaikan masalah yang mencabar memberi rasa kepuasan yang besar dan meningkatkan kualiti diri. Menyerah kalah dan melarikan diri dari masalah hanya akan membuat anda rasa menyesal dan diliputi perasaan “bagaimana jika?” Orang bercerai sering mengalami perasaan gagal dan ragu. Di sudut lain, pasangan yang tidak menyerah dan mempertahankan hubungan akan merasakan manisnya kemenangan dan kejayaan bersama.

Kerjasama semakin baik

Hal buruk mungkin kelihatan memenatkan sekarang. Namun, pasangan yang berjaya keluar dari ancaman penceraian hidupnya menjadi lebih baik, lebih kuat, dan lebih bahagia dari sebelumnya. Anda juga pasti boleh! Mewujudkan pernikahan sesuai harapan memang memerlukan waktu, tenaga, dan kesabaran. Sebab itu, tiada perjuangan yang sia-sia. Demikian ditulis di Familyshare.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas