Tetaplah berhubung

Perkara Mengejutkan Apabila Seseorang Putus Cinta

Hubungan

Perkara Mengejutkan Apabila Seseorang Putus Cinta

Foto: Hipwee

Perkara Mengejutkan Apabila Seseorang Putus Cinta


Selepas putus cinta hidup pasti akan rasa sukar. Malah, untuk bekerja turut terasa tak bersemangat. Ada dua fasa seseorang ketika putus cinta, fasa hancur berkeping-keping dan fasa pemulihan.

Apa yang terjadi pada diri seseorang ketika dalam fasa hancur berkeping-keping setelah putus cinta? Berikut ulasannya.

Menghabiskan wang dan membeli-belah

Ini adalah salah satu aksi seseorang ketika sedang mengalami putus cinta. Menghabiskan kesemua wang yang ada untuk membeli-belah yang sebenarnya tak perlu dengan maksud ingin membuat lelaki rasa menyesal. Sebaiknya, lampiaskan dengan menabung lebih banyak lagi untuk sesuatu yang besar di masa depan.

Keganasan di tengah malam

Orang yang sedang putus cinta sering menjadi gila dengan menelefon di tengah malam, meminta agar kembali atau memakinya. Jangan melakukan ini, bila dia merasa terganggu anda boleh dianggap sebagai gila.

Membuatnya cemburu

Aksi lain yang biasanya dilakukan seseorang yang sedang putus cinta adalah memanfaatkan orang lain untuk membuat bekas kekasih cemburu. Orang lain yang dimaksudkan malah lebih ‘sempurna’. Sungguh ini perbuatan sia-sia, bila sudah tiada rasa tidak akan mampu bersatu lagi. Dipetik dari Idiva.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas