Tetaplah berhubung

Perkara Membuat Suami Musnahkan Perkahwinan

Foto: Mirror

Hubungan

Perkara Membuat Suami Musnahkan Perkahwinan

SIKAP lelaki yang tiba-tiba meninggalkan perkahwinannya mungkin membuat wanita tertanya-tanya, mengapa mereka boleh melakukan perkara tersebut? Adakah mereka lupa sebab dulu jatuh cinta?

Seperti dimuat di Familyshare, ada sejumlah alasan suami meninggalkan perkahwinannya. Berikut ulasannya.

Terlalu beremosi

Emosi sangat luar biasa menghancurkan perkahwinan. Diperlukan kesabaran besar dan luas dari kedua-dua individu. Ketika lelaki tidak boleh lagi menahan emosinya, jalan yang mereka pilih adalah untuk pergi.

Dia rasa seperti tidak dapat memenuhi harapan

Apa yang berlaku apabila anda tidak pernah rasa cukup baik untuk seseorang? Anda rasa kecewa dan putus asa kerana tidak pernah menjadi apa yang pasangan inginkan. Lelaki yang rasa seperti itu akan memilih melangkahkan kaki keluar rumah kerana tidak ingin membebankan isteri.

Terlalu banyak keburukan berbanding kebaikan

Jika hubungan anda berada dalam keadaan negatif dan mencetuskan stres, seorang lelaki mula bertanya-tanya mengapa dia komited untuk hubungan ‘beracun’. Jika keadaan buruk berterusan, lelaki mungkin akan berjalan keluar dengan harapan mencari suatu hubungan di mana dia akan selalu rasa dicintai dan dihargai.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas