Tetaplah berhubung

Perjanjian Penting Sebelum Mendirikan Rumah Tangga

Hubungan

Perjanjian Penting Sebelum Mendirikan Rumah Tangga


ADAKAH anda sedang bersedia untuk pernikahan? Adakah penting membuat perjanjian sebelum berkahwin bagi calon pasangan suami-isteri?

Sebelum berkahwin ada baiknya calon pasangan membuat aku janji untuk perkahwinannya kelak. Perjanjian sebelum berkahwin dibuat untuk kepentingan bersama. Berikut ini enam janji penting sebelum perkahwinan.

Saling mencintai

Cinta jauh lebih banyak mengisi perasaan. Bagi pasangan yang ingin berkahwin, sebaiknya berjanji untuk saling mencintai dalam keadaan suka dan duka. Kedua-duanya juga harus percaya kalau pasangannya akan mencintai setulus hati.

Hadir dalam keadaan sihat atau sakit

Suatu hari salah satu dari pasangan pasti akan mengalami penurunan keadaan fizikal. Oleh sebab itu, penting untuk berjanji saling mendampingi dalam segala keadaan.

Ada dalam keadaan kaya atau miskin

Wang sering menjadi pencetus masalah rumah tangga. Jadi, sebelum berkahwin, anda dan pasangan harus tahu keadaan ekonomi masing-masing. Teguhkan hati untuk hidup bersama dalam keadaan miskin sekalipun.

Hanya kematian yang memisahkan

Pernikahan sempurna seolah-olah ada pada setiap pasangan yang saling mendampingi hingga akhir hayat. Untuk itu berjanjilah untuk setia hingga akhir hayat. Demikian disiar di Familyshare.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas