Tetaplah berhubung

Penyebab Wanita Cemburu Buta

Hubungan

Penyebab Wanita Cemburu Buta


Wanita dikatakan ramai sebagai mahluk yang bercakap lain di mulut lain juga di hati. Mengaku tak bermasalah, namun sebenarnya dalam hati berkobar api cemburu.

Mungkin ada daripada anda yang ingin tahu apa penyebabnya? Seperti dipetik dari laman Yourtango.

Mempunyai hantu yang menghantui

Halangan terbesar untuk meredakan rasa cemburu adalah selalu mengingati fakta betapa gediknya suami anda terhadap wanita lain. Tetapi juga tak bererti suami mempunyai hubungan yang lebih pada mereka. Mintalah pasangan untuk kembali fokus dan pastikan anda juga benar-benar memberi tumpuan pada dirinya, bukan pada ketakutan anda.

Sering menangkap basah

Komunikasi yang sihat adalah kunci agar hubungan anda dan pasangan akan tetap tenteram tanpa urusan mengenai bekas kekasih. Apabila antara pasangan terbuka untuk sentiasa berbincang mengenai bekas kekasih dan membuat perjanjian, sekurang-kurangnya ini akan memadam rasa cemburu baik dari pihak isteri atau pun suami.

Bersembunyi di sebalik kata mesra

Ramah dan terbuka kepada setiap orang memang dianjurkan. Namun, lain cerita bila seorang suami yang bersembunyi di balik kata ramah. Ini akan memercik api cemburu. Bagaimana tidak, mereka mengatakan hanya ingin ramah pada siapa saja tetapi ada unsur ‘main mata’ dengan wanita lain.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas